Jenayah

3 suspek kes bunuh ditahan

jenayah

Dicekup 4 jam selepas pemilik salun maut  tikam
Johor Bahru: Polis menahan tiga suspek termasuk seorang wanita bagi membantu siasatan kes samun dan bunuh seorang pemilik salun kecan tikan di Taman Indah di sini, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said, berkata dua lelaki tempatan berusia 30-an dan wanita berumur 20-an itu ditahan kira-kira enam jam selepas kejadian.

Ditahan selepas kejadian
Suspek pertama ditahan sekitar Tampoi, kira-kira empat jam selepas kejadian, manakala seorang suspek lelaki dan wanita ditahan di Pekan Nanas, Pontian kira-kira dua jam berikutnya.

Katanya, penahanan suspek hasil penubuhan pasukan khas dan penelitian kamera litar tertutup (CCTV) kedai bersebelahan sebelum identiti suspek dikenal pasti.

“Penelitian rakaman CCTV mendapati dua lelaki dan seorang wanita tergesa-gesa melarikan diri menaiki Naza Citra berdekatan premis berkenaan,” katanya.

Dalam kejadian jam 11.30 pagi di Jalan Indah, Taman Bukit Indah, mangsa berusia 39 tahun mati akibat ditikam dua kali di perut dan dikelar beberapa kali di belakang leher serta pergelangan tangan kanan.

Razak berkata, polis turut menemui sebilah pisau ala rambo yang ada kesan darah, beberapa barangan lain termasuk telefon bimbit, sebuah komputer riba dan kamera yang dipercayai milik mangsa dalam Naza Citra berkenaan.

Ada 10 rekod jenayah

Katanya, siasatan mendapati dua suspek memiliki 10 rekod jenayah lampau dan ujian saringan air kencing mendapati ketiga-tiga suspek positif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh yang membawa hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");