Jenayah

6 kenderaan kemalangan

kemalangan jln

SEREMBAN –  Seorang lelaki maut, manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan sebuah motosikal dengan lima buah kenderaan di Kilometer 248.8 Lebuhraya Utara – Selatan, arah utara, di sini malam kelmarin.

Kejadian kira-kira 8.40 malam itu menyebabkan seorang mangsa, Chadrian Bidik, 36, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala dua pemandu masing-masing sebuah kereta jenis Proton Preve dan teksi limosin jenis Toyota Innova cedera parah di kepala.

Jurucakap polis berkata, siasatan awal polis mendapati, kemalangan dipercayai bermula apabila kereta Preve dipandu seorang lelaki berusia 27 tahun hilang kawalan, lalu melanggar bahagian belakang teksi terbabit.

“Rempuhan itu mengakibatkan kedua-dua kenderaan terbabit berpusing dan hilang kawalan lalu melanggar pengadang jalan di sebelah kanan jalan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, sebuah motosikal jenis LC dipandu Chadrian yang berada di lorong kanan jalan hilang kawalan dan melanggar pula bahagian belakang kereta Preve.

“Kejadian menyebabkan motosikal Chadrian hilang kawalan lalu melantun ke lorong tengah sebelum bergesel dengan sebuah lori yang berada di lorong berkenaan. Mangsa tercampak ke lorong kecemasan dan meninggal dunia serta merta di tempat kejadian,” katanya.

Jurucakap berkata, beberapa saat kemudian, muncul pula sebuah kereta jenis Proton Iswara dipandu di lorong kanan gagal mengelak dan melanggar Preve yang masih berada di lorong kanan.

Bagaimanapun, katanya, pemandu wanita kereta Iswara berusia 27 tahun serta pemandu lori lelaki berusia 22 tahun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

Pegawai Turus Trafik negeri,  Asisten Superitendan Abdul Halil Hamzah mengesahkan kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");