Sukan Hari Ini

United, Chelsea sama kuat

TORRES

PERTEMBUNGAN dua kelab elit Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United dan Chelsea, awal pagi semalam hanya berkesudahan tanpa jaringan.

Perlawanan itu menjadi tumpuan di mana kedua-dua kelab menampilkan pengurus baru, Jose Mourinho dan David Moyes.

Mourinho menjelaskan, keputusan seri itu merupakan keputusan yang adil buat kedua-dua pasukan.

“Ia keputusan yang adil. Saya memberitahu kepada pemain bahawa kita perlu menang tetapi jika tidak menang, kita tidak boleh kalah,” katanya.

Sementara itu, Moyes pula menegaskan pemainnya mempamerkan aksi terbaik, namun sukar untuk menembusi barisan pertahanan The Blues.

“Kami tidak dapat mencipta peluang di hadapan gawang lawan biarpun saya meletakkan tiga pemain penyerang.

“Saya kecewa kerana tidak mendapat tiga mata penuh tetapi kami menerima keputusan ini untuk kembali bangkit menentang Liverpool,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");