Membawang Hari Ini

Adam Levine cari rumah

adam

KHABARNYA mereka berdua akan disatukan sebagai suami isteri pada awal bulan ini. Bagaimanapun tiada tarikh pasti yang diberikan Adam Levine dan Behati Prinsloo mengenai hari bahagia mereka itu.

Mungkin tidak mahu terlalu tertekan dengan persiapan hari penting itu. Levine dan Prinsloo baru-baru ini sempat berjalan di sekitar New York untuk mencari kediaman baharu.

Pertunangan yang tidak disangka itu, sebenarnya merupakan satu kejutan buat peminat Levine, memandangkan penyanyi kumpulan Maroon 5 itu sememangnya dikenali sebagai seorang kaki perempuan. Malah hubungan yang berlangsung dengan Prinsloo juga tidak pernah stabil.

“Adam berpisah dengan Behati pada Mac lalu. Selepas itu dia memulakan hubungan dengan model seksi, Nina Agdal. Hanya bulan lalu mereka berpisah dan Adam mengambil keputusan untuk melamar Behati,” kata sumber.

Sama cantik sama padan, pasangan popular itu sememangnya selalu menjadi perhatian masyarakat sekeliling.

Hanya berpakaian santai, Levine dan Prinsloo dilihat saling berpegangan tangan sepanjang masa. Baru-baru ini juga Prinsloo sempat melawat Levine di lokasi penggambaran pertama filem lakonan tunangannya itu.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");