Perak Hari Ini

JAIPk Pantau Pergerakan Fahaman Syiah: Mohd Nizar

PERAKTODAY

Kerajaan menerusi Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) sentiasa memantau penyebaran fahaman Syiah yang dipercayai bergerak dalam kelompok-kelompok kecil, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Mohd Nizar Zakaria.

Walaupun keadaan masih terkawal, pemantauan yang berterusan itu katanya, penting memandangkan jumlah pengikut fahaman itu semakin meningkat setiap hari.

“Pergerakan kumpulan ini juga sukar dikesan kerana mereka menyebarkan fahaman secara sembunyi dan kita akan sentiasa bersama-sama JAIPk memantau dan mengesan mana-mana kelompok masyarakat yang terlibat.

“Penyebaran fahaman ini sangat serius dan kita khuatir ia akan merosakkan pemikiran umat Islam selain menyebabkan berlakunya perpecahan,” katanya kepada Peraktoday.com, baru-baru ini.

Sementara itu, beliau turut memaklumkan semua kerajaan negeri telah mewartakan pengharaman fahaman Syiah seperti yang diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Menurut Mohd Nizar lagi, agama Islam merupakan agama rasmi seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara dan adalah menjadi tanggungjawab kerajaan pada hari ini untuk memelihara nilai-nilai agama Islam agar tidak dinodai oleh mana-mana pihak.

“Berlatar-belakangkan masyarakat majmuk, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menghormati antara satu sama lain dan tidak melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama atau kaum lain,” tegasnya lagi.

Beliau juga berharap agar masyarakat dapat membantu kerajaan jika memiliki maklumat berkaitan unsur-unsur yang bertentangan dengan fahaman Al Sunnah Wal Jamaah.

“Disebabkan kita sukar mengesan pergerakan mereka, saya berharap masyarakat dapat memaklumkan kepada JAIPk atau Pejabat Agama di peringkat daerah untuk tindakan sewajarnya,” tambahnya.

Mohd Nizar juga menyeru agar pengamal fahaman Syiah di negeri itu kembali ke pangkal jalan dan bertaubat dengan membandingkan senario dalam negara ini.

JAIPk juga katanya, akan terus memantau pergerakan kelompok terbabit bagi membendung penularan fahaman Syiah khususnya kepada golongan muda di negeri tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");