Sukan Hari Ini

André Villas-Boas Telah Belanja £110.5 Juta Satu Rekod Untuk Tottenham

villa_new

PENGURUS Tottenham Hotspurs, Andre Villas-Boas telah membelanjakan £110.5 juta sepanjang musim panas ini dengan pembelian terbaru penyerang muda Argentina dari kelab Roma, Erik Lamela pada harga £30 juta, Christian Eriksen dari Ajax, £11 juta dan Vlad Chiriches dari Steaua Bucharest, £8.5 juta.

Lamela, yang pernah mewakili Argentina sebanyak tiga kali sebelum ini menyertai Roma dari juara Argentina River Plate pada harga £10 juta dua tahun lalu.

Pemain berusia 21 tahun setinggi 6 kaki 1 inci itu telah menjaringkan 21 gol dalam 67 perlawanan untuk Roma dan disifatkan sebagai bintang baru dalam Liga Itali.

Chiriches, 23, pemain pertahanan pula telah bermain sebanyak 62 kali dengan Steaua sepanjang tempoh dua tahun bersama mereka dan juga telah mewakili Romania sebanyak 19 kali.

Belum pernah dalam sejarah kelab itu mereka meluluskan sebegitu banyak peruntukkan untuk membeli pemain-pemain baru.

Malah dalam tempoh sebulan sahaja Tottenham telah memecah rekod pembelian tertinggi sebanyak tiga kali dengan yang pertama apabila membeli pemain tengah Brazil, Paulinho pada harga £17m dari Corinthians kemudian diikuti oleh pembelian pemain antarabangsa Sepanyol, Roberto Soldado dari Valencia sebanyak £26 juta dan rekod ketiga melalui Lamela pada Jumaat.

Lamela dan Chiriches berkemungkinan besar akan dapat diturunkan dalam perlawanan liga menentang Arsenal Ahad ini.

Tidak cukup dengan itu, Spurs kemudiannya membeli pula pemain sayap, Nacer Chadli dari kelab Belanda Twente dengan harga £7 juta dan selepas itu pemain tengah Kelab Perancis Toulouse, Etienne Capoue dengan harga £11 juta.

Sementara pembelian pemain antarabangsa Denmark, Eriksen, 21, dilihat sebagai satu pelaburan yang sangat bernilai kerana para pengulas bola sepak menyifatkan pemain itu sebagai salah seorang pemain muda Eropah paling berbakat.

Tetapi sebelum berbelanja besar, Tottenham sebelum ini telahpun memperolehi sekitar £23.5 juta melalui penjualan pemain-pemain lama mereka seperti, Clint Dempsey, Steven Caulker, Tom Huddlestone dan Scott Parker.

Pada masa yang sama, pemain paling berharga mereka, Gareth Bale hanya menunggu masa sahaja untuk memecah rekod perpindahan paling tinggi di dunia iaitu melebihi £85 juta ke Real Madrid.

Sejak berbelanja besar dengan pembelian pemain-pemain baru dari serata Eropah, Tottenham belum pernah kalah dan melepaskan sebarang gol.

Mereka telah menang dalam dua perlawanan liga setakat ini termasuk menang dalam dua perlawanan peringkat Liga Europa.

Villas-Boas kini berpendapat mereka telah mempunyai pasukan yang dapat bersaing di peringkat lebih besar malah menjadi empat kelab terbaik Inggeris musim ini.

-mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");