Jenayah

Dipercayai angkara orang dalam

RANTAU PANJANG – Seorang peniaga memohon pihak berkenaan menyiasat punca berlakunya kejadian kecurian di kedainya, baru-baru ini.

Peniaga, Nurul Syamila Nordin, 20, berkata, setibanya di kedai dia dapati beberapa pakaiannya hilang dan berselerakan di atas lantai.

Menurutnya, dia mengalami kerugian hampir RM500 apabila sebahagian besar pakaian dan stok baru, hilang.

Selepas diselidiki, Syamila percaya ia didalangi oleh orang dalam kerana tiada kesan pecah masuk.

“Tak logik kalau pencuri mengambil baju menerusi tingkap, kerana kedudukan baju yang digantung terlalu jauh. Malah anggota badan tidak mampu mencapai kedudukan stok kain yang diletakkan di sebalik timbunan pakaian,” katanya.

Sejak berniaga di sini setahun lalu, Syamila berkata, ini adalah kejadian kedua berlaku di kedai berkenaan.

“Disebabkan tidak banyak premis perniagaan dibuka, maka beberapa kedai yang beroperasi menjadi antara sasaran pencuri,” katanya.

Syamila mencadangkan pihak pengawal keselamatan memperketat kawalan, agar kejadian sama tidak berulang.

Pengawalan ketika waktu malam katanya, perlu diperkemaskan agar tiada penceroboh berada di dalam bangunan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");