Perak Hari Ini

Buah Pisang, Petai Jadi Mangsa Curi Penagih Dadah Tegar

Gambar hiasan:-
Gambar hiasan:-

Akibat terdesak, penagih dadah tegar di Kampung Batu 8, dekat Tanjung Malim sejak kebelakangan ini sanggup mencuri buah pisang dan petai untuk membeli bekalan dadah, sekaligus menjejaskan pendapatan petani yang mengusahakan tanaman itu.

Menurut seorang penduduk yang enggan dikenali, kegiatan itu semakin membimbangkan dan sukar dikawal oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, memandangkan bilangan penagih dadah agak ramai, penduduk juga menyuarakan rasa bimbang terhadap masalah itu yang boleh mengancam keselamatan mereka jika kegiatan itu tidak dibendung segera.

“Sebelum ini, ketika pihak berkuasa membuat serbuan untuk membanteras kegiatan ini, ada segelintir penduduk yang tampil memberi maklumat kepada penagih tegar untuk menyembunyikan diri.

“Tambah mengecewakan, ada pihak yang sanggup membeli barang-barang curi ini, sekaligus menggalakkan penagih dadah tegar terus bermaharajalela di kampung ini.

“Penagih dadah tegar ini sanggup melakukan sahaja untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan dadah kerana mereka tidak mempunyai pendapatan yang tetap,” katanya kepada Peraktoday.com.

Tegas beliau lagi, kegiatan itu perlu dibanteras segera dan ia mungkin dapat dielakkan sekiranya tiada pihak bersubahat membeli hasil tanaman yang dicuri oleh penagih dadah.

“Sepatutnya jenayah ini dibanteras dari awal lagi dan jika tiada pembeli, mana mungkin penagih dadah tersebut sanggup mencuri hasil tanaman yang diusahakan penduduk kampung,” katanya lagi.

Jelasnya lagi, pihak berkuasa perlu bertindak segera untuk menangani masalah itu agar keamanan dan keselamatan penduduk Kampung Batu 8 terjamin.

“Kepada pihak-pihak yang bertanggungjawab, buatlah sesuatu dengan segera agar penduduk di sini berasa aman dan selamat.

“Dengan tindakan segera itu, saya harap tiada lagi kegiatan mencuri berlaku dan yang paling penting, kampung ini bebas daripada kegiatan penyalahgunaan dadah,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");