Jenayah

Curi motosikal bapa mentua

curi moto bapa mentua

KUALA TERENGGANU – Seorang buruh ladang dipenjara setahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam, selepas mengaku salah menjual motosikal milik bapa mentuanya, yang juga orang kurang upaya (OKU) pekak dan bisu.

Majistret Noradila Ab Latiff membuat keputusan itu selepas Kamil Ahmad, 37, mengaku menjual sebuah motosikal jenis Honda Ex5 milik Ramlee Mohamad, 56, di Kedai Motor Yong Seng, Jalan Banggol, di sini, pada 14 November 2009, kira-kira jam 3 petang.

Kamil yang beralamat di Kampung Pengkalan Maras, Batu Rakit, di sini, didakwa di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana menyalahgunakan harta dengan curang, memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor L Rathna manakala Kamil tidak diwakili peguam.

Berdasarkan fakta kes, pada 14 November 2009, kira-kira jam 9.20 pagi, isterinya, Zaleha Ramlee, 22, telah melihat Kamil mengambil kunci dan geran motosikal milik bapanya dengan cara mencurigakan.

Kira-kira 10 minit kemudian, Kamil telah membawa keluar motosikal tersebut dan tidak pulang sehingga laporan polis dibuat di Balai Polis Batu Rakit.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");