Sukan Hari Ini

PBNP didenda RM35,000

PBNP

Kuala Lumpur: Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dikenakan hukuman denda RM35,000 kerana gagal menyediakan anggota keselamatan kepada pemain Lions XII pada aksi Liga Super di Stadium Darul Makmur, 17 Mei lalu.

Turut menerima nasib sama ialah Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) apabila didenda RM25,000 susulan tindakan penyokong Johor Darul Takzim (DT) membaling gulungan resit ke padang dan membakar suar pada aksi Liga Super ketika menentang Selangor di di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, 6 Julai lalu.

Hukuman denda itu diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abdul Razak selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu di Wisma FAM di sini, semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");