Berita Hari Ini

Kerajaan bukan lagi seperti dulu

MUSTAPHA

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada masa ini telah menyedari kepentingan untuk mendengar suara rakyat sebelum melaksanakan sesuatu perkara serta mengambil kira persekitaran semasa yang semakin berubah.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, beliau menghargai pandangan dan komen diberikan orang ramai dalam Hari Terbuka Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) yang diadakan, semalam.

“Sebelum ini, kita mengikut sistem dari atas ke bawah, iaitu kerajaan yang menentukan (dasar dan membuat keputusan).

“Tapi sekarang kerajaan sedar keadaan telah berubah, kami tahu kami perlu meminta pandangan orang awam dan rakyat mahukan ketelusan serta keterbukaan,” katanya.

Sesi pertemuan dengan rakyat secara terbuka itu julung kali diadakan oleh Miti bagi isu TPP.

Menurut Mustapa, beliau gembira dengan sambutan luar jangkaan terhadap hari terbuka itu dan menganggap objektif penganjuran sesi itu tercapai walaupun mengakui ada pihak yang tidak berpuas hati kerana menganggap sesi itu terlalu singkat.

“Tujuan utama sesi ini ialah kami nak tahu apa yang rakyat rasa mengenai TPP. Walaupun yang hadir hari ini (semalam) mungkin tidak mewakili semua rakyat Malaysia tetapi mereka mewakili semua peringkat masyarakat,” katanya dalam sidang media Hari Terbuka TPP, semalam.

Mustapa berkata, Miti akan melihat semua kebimbangan yang disuarakan orang ramai melalui hari terbuka itu sebelum merancang pertemuan seterusnya untuk penerangan isu TPP.

“Saya terima banyak cadangan daripada mereka yang hadir mengenai format pertemuan yang mereka mahu. Saya mohon masa beberapa hari untuk kami rancang pertemuan seterusnya dengan orang ramai bagi menerangkan isu TPP,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");