Jenayah

Jurulatih anjing dibebas hari ini

PENGKID

SHAH ALAM: [Dikemaskini] Penerbit video ‘1 Hari Di Hari Raya’ yang didakwa menghina Islam, Maznah Mohd Yusof, 38, atau lebih dikenali sebagai Chetz, akan dibebaskan hari ini.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya Latheefa Koya.

“Baru sahaja selesai bercakap dengan pegawai penyiasat, Chetz akan dibebaskan hari ini.

“Ahli keluarganya sedang dalam perjalanan ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Segamat,” katanya yang dipetik dari laman mikro Twitternya sebentar tadi.

Rabu lalu, Maznah telah ditahan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman untuk diambil keterangan.

Dia kemudiannya telah dihantar ke penjara Segamat.

Awal minggu ini, negara dikejutkan kembali dengan sebuah video yang didakwa menghina umat Islam.

Video itu menunjukkan seorang individu membawa tiga ekor anjingnya bersiar-siar dekat perkarangan masjid dengan suara latar Takbir Raya.

Rakaman berdurasi 1 minit 44 saat itu turut menunjukkan individu itu memakai Baju Melayu hitam membasuh kaki anjingnya, kemudian seolah mengambil wuduk dengan membasuh kakinya pula dan mengelap anjingnya sebelum menyediakan kuih raya untuk tiga ekor anjing itu.

Video itu juga menyiarkan kata-kata “Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesies, warna dan asal-usul (dengan menunjukkan gambar tiga anjing itu).

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");