Jenayah

Kes polis tembak isteri: Suami fail saman

MAHKAMAH

SHAH ALAM – Bekas pemandu lori memfailkan saman pemula terhadap pihak polis supaya memaklumkan keputusan siasatan berhubung kematian isterinya yang ditembak anggota polis dalam satu kejadian pada 18 Januari lalu.

Foo Voon Kong, 27, memfailkan saman itu melalui Tentuan Ng & Yeong di kaunter pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menerusi peguam Ng Chung Yee, pagi tadi.

Voon Kong selaku plaintif dalam tuntutan samannya itu, menamakan Ketua Balai Polis Klang Selatan, Ketua Polis Negara dan Kerajaan Malaysia, masing-masing sebagai defenden pertama, kedua dan ketiga.

Lelaki itu dalam pernyataan tuntutannya memohon satu perintah agar kesemua defenden memaklumkan keputusan siasatan mengenai kematian isterinya, Pua Bee Chun.

Beliau  mahu mahkamah mengeluarkan perintah supaya defenden-defenden memberikan laporan siasatan balistik dan kimia yang dijalankan oleh pihak polis.

“Kedua-dua laporan itu perlu diserahkan kepada peguam saya dalam masa tempoh tujuh hari bermula hari ini,” katanya.

Voon Kong dalam saman permulanya memohon, kesemua defenden mendedahkan identiti anggota polis yang disiasat atau dikenalpasti terlibat dengan pembunuhan Bee Chun.

“Sekiranya identiti anggota tidak dapat dikenalpasti, defenden perlu mendedahkan anggota polis yang terlibat sewaktu kejadian tembakan itu berlaku,” katanya.

Beliau berkata defenden-defenden wajib untuk membekalkan hasil siasatan dan keputusan siasatan kepada laporan polis terhadapnya.

“Kesemua defenden adalah penjawat awam yang bertanggungjawab untuk memberi penjelasan dan pendedahan secara telus serta menyeluruh,” katanya.

Voon Kong dalam saman permulanya itu mempersoal tindakan kesemua defenden yang tidak mendakwa mana-mana anggota dalam kes pembunuhan isterinya.

Beliau menuntut kos dan relif ayau perintah yang dipikirkan sesuai oleh mahkamah.

Media sebelum ini ada melaporkan mengenai seorang wanita maut selepas pihak polis melepaskan tembakan terhadap sebuah kereta yang dipandi oleh seorang lelaki yang disyaki penjenayah.

Kenderaan tersebut dipercayai telah merempuh sekatan jalan raya dan anggota polis melepaskan tembakan setelah mengejar kereta itu sejauh 10 kilometer.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak mengalami kecederaan, kemudian menyerah diri, namun pihak polis menemui Bee Chun yang cedera di tempat duduk hadapan sebelah pemandu.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");