Berita Hari Ini

Lebuhraya Latar seru rakyat rai kemerdekaan

jalur-gemilang-2

KUALA LUMPUR – KL – Kuala Selangor Expressway Berhad – Lebuhraya Latar mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56 kepada semua warganegara Malaysia.

Dalam satu kenyataan hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif KL- Kuala Selangor Expressway Berhad, Encik Amran Amir berkata, “Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku merupakan tema yang dipilih sebagai tema sambutan kemerdekaan yang ke-56. Lebuhraya Latar merasakan tema ini amat bertepatan dengan bagi usaha bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan kesatuan Negara Bangsa yang boleh mewujudkan rasa cinta dan sayangkan Negara. Lebuhraya Latar menyokong sepenuhnya usaha Kerajaan Malaysia bagi melahirkan bangsa Malaysia yang setia kepada Negara.”

Lebuhraya Latar menyeru orang ramai untuk sama-sama turut hadir bagi memeriahkan Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2013. Di samping itu, para penduduk terutamanya di Daerah Kuala Selangor dan kawasan sekitarnya boleh turut meraikan acara Sambutan Hari Kemerdekaan Kuala Selangor 2013 bermula pada hari ini, 30 Ogos sehingga 1 September 2013 bertempat di Padang Merdeka, Pekan Lama Kuala Selangor.

Terdapat pelbagai acara yang menarik telah disediakan oleh Majlis Daerah Kuala Selangor seperti penampilan khas Gabungan Basikal Tua / Klasik Malaysia dan pelbagai acara rakyat lain,” tambah beliau lagi. Untuk maklumat lebih lanjut orang ramai boleh melayari portal rasmi Majlis Daerah Kuala Selangor di www.mdks.gov.my.

Bagi memudahkan dan melancarkan perjalanan orang ramai menuju ke kedua-dua destinasi tersebut, anda bolehlah menggunakan Lebuhraya LATAR yang menyediakan perjalanan yang lebih cepat, selamat dan tiada kesesakan. Disamping itu, para pengguna terawal bakal menerima sekeping kad Touch ‘n Go secara PERCUMA kerana pada pada hari Sambutan Kemerdekaan ini, pihak Lebuhraya LATAR akan mengagihkan 1,000 keping kad Touch ‘n Go PERCUMA bernilai RM10.00 setiap satu bermula pada jam 12.01 pagi pada 31 Ogos 2013 sehinggalah stok selesai.

Kata beliau lagi, “Ia juga sebagai penghargaan kepada para pengguna Lebuhraya Latar yang terus menyokong kami sejak daripada pembukaan Lebuhraya Latar lagi. Semoga anda menikmati perjalanan yang selamat ke destinasi anda dan terus menghayati dan mensyukuri nikmat keamanan dan kesejahteraan di Negara kita; Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku.

“ Lebuhraya Latar merupakan gerbang alternatif yang selesa untuk para pengguna dan menawarkan perjalanan yang lebih cepat dan selamat bagi perjalanan menuju ke Utara Pantai Barat. Para pengguna yang mahu menuju balik ke pekan-pekan di sepanjang pantai Kuala Selangor, Sekinchan, Sabak Bernam, Tanjung Karang, Teluk Intan, Lumut, Manjung, Changkat Jering, Kuala Kurau dan lain-lain bolehlah menggunakan Lebuhraya Latar, yang merupakan gerbang laluan yang amat strategik ke Utara Pantai Barat.

Sekiranya pengguna menghadapi sebarang masalah ketika sedang melalui Lebuhraya Latar, pengguna bolehlah menghubungi talian Latar di 03 6145 1515. Lebuhraya Latar mempunyai empat persimpangan yang menyediakan gerbang ke Pantai Barat melalui Kuala Lumpur di Taman Rimba Templer, Lebuhraya PLUS dan juga melalui Lebuhraya Guthrie Koridor. Kesemua Lebuhraya ini membentuk satu jaringan yang strategik bagi menghubungkan Kuala Lumpur, Petaling Jaya dan Shah Alam.

MENGENAI KL-KUALA SELANGOR EXPRESSWAY BERHAD

KL-Kuala Selangor Expressway Berhad (KLSEB) merupakan syarikat konsesi Lebuhraya KL-Kuala Selangor (Lebuhraya LATAR) yang dahulunya dikenali sebagai Leburaya Assam Jawa Taman Rimba Bhd (Latar) dan telah ditubuhkan pada tahun 1996. KLSEB adalah anak syarikat Bina Puri Holdings Berhad (50%) dan Rafulin Holdings Sdn Bhd melalui anak syarikat milik penuh Arena Irama Sdn Bhd, Pembinaan Lebuhraya Latar KL-Kuala Selangor dimulakan pada tahun 2008 apabila perjanjian konsesi tambahan telah ditandatangani pada 28 Februari 2008 dengan Kementerian Kerja Raya yang mewakili Kerajaan Malaysia.

Syarikat telah mendapat pembiayaan kewangan pada Oktober 2008 dengan jumlah RM1.04 bilion pinjaman daripada Bank Pembangunan Malaysia dan Pembangunan Islam.

Syarikat telah mendapat 40 tahun konsesi di Lebuhraya Latar di bawah skim Build-Operate-Transfer (BOT) di mana syarikat bertanggungjawab untuk membiayai, merekabentuk, membina, mengendali dan menyelenggara lebuhraya tersebut.

SUMBER : KL-Kuala Selangor Expressway Berhad (Bina Puri Holdings Bhd)

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:

NAMA : Surati Sujor TEL : +6013 2660207

NAMA : Nurul Syuhada TEL : +6019 2780714

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");