Sukan Hari Ini

Piala Asia: Rajagobal senaraikan 24 pemain

fam

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menyenaraikan 24 pemain untuk menjalani sesi latihan pusat kebangsaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Asia 2015 dan perlawanan persahabatan antarabangsa.

Rajagobal turut memanggil 14 pemain lain sebagai skuad simpanan bagi menggantikan mana-mana pemain yang disahkan doktor pasukan mengalami kecederaan, demikian menurut kenyataan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini.

Kenyataan FAM itu menyebut kesemua 24 pemain berkenaan perlu melaporkan diri kepada Rajagobal di Wisma FAM, Kelana Jaya Ahad ini dan bagi yang gagal berbuat demikian, mereka diminta menghubungi Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin atau menghantar surat bertulis.

“Tanpa sebab-sebab yang munasabah, tindakan tatatertib mungkin akan diambil terhadap pemain ini jika gagal melaporkan diri,” menurut kenyataan itu.

Sesi latihan skuad Harimau Malaya akan berlangsung pada 1 hingga 6 September ini di Wisma FAM sebelum pasukan itu bertolak ke China untuk perlawanan persahabatan menentang pasukan kebangsaan negara ‘Tembok Besar’ itu pada 10 September di bandar Tianjin, China.

Malaysia yang kini menduduki tangga ketiga dalam kumpulan D, pusingan kelayakan Piala Asia 2015, dijadual menentang Bahrain pada perlawanan ketiga kumpulan pada 15 Okt ini, di sini.

Senarai 24 pelatih skuad Harimau Malaya:
—————————————–

Mohd Khyrill Muhymeen Zambri, Mohd Baddrol Bakhtiar (Kedah); Mohd Farizal Marlias (Perak); Mohd Amri Yahyah, Mahalli Jasuli, Asraruddin Putra Omar, K. Gurusamy, S. Kunalan (Selangor); Mohd Nazrin Mohd Nawi (Negeri Sembilan); Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Norshahrul Idlan Talaha, Mohd Safee Mohd Sali, Safiq Rahim (Johor Darul Takzim); Azamuddin Mohd Akil, Mohd Razman Roslan, Mohd Saiful Nizam Miswan (Pahang); Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Ahmad Fakri Saarani (Kelantan); Hasmizan Kamarodin, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu); Sani Anuar Kamsani (Sarawak); Mohd Fitri Omar (ATM); Helmi Remeli (Selangor PKNS FC).

Senarai 14 pemain (skuad simpanan):
———————————–

Abdul Hadi Hamid (Kedah); Abdul Shukor Jusoh (Selangor); Mohd Al-Hafiz Hamzah, Mohd Farid Ramli (Johor Darul Takzim); Mohd Hafiz Kamal, R. Gopinathan (Pahang); Mohd Farisham Ismail (Kelantan); Bobby Gonzales, Mohd Hairol Mokhtar (Sarawak); Affize Faisal Mamat, D. Christe Jayaseelan (ATM); Mohd Nizad Ayub (Selangor PKNS FC); Mohd Firdaus Mohd Fauzi, Mohd Arif Ismail (Sime Darby FC).

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");