Jenayah

Maut langgar tiang elektrik

tiang

LANGGAR – Seorang remaja maut manakala rakannya cedera selepas motosikal dinaiki bergesel dengan motosikal lain sebelum terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Pekan Langgar ke Pendang dekat sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Mohd Jan berkata, dalam kejadian jam 6.30 petang itu, mangsa, Aiman Fitri Romzi, 17, yang menunggang bersama rakannya, Mohammad Asyraaf Azahan, 15, dalam perjalanan dari pekan Langgar ke Pendang.

Katanya, mangsa cuba memotong sebuah motosikal yang ditunggang seorang warga emas yang mahu membelok ke kanan di satu persimpangan ke Sekolah Menengah Kebangsaan Langgar tetapi gagal dan bergesel serta hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik di hadapan simpang itu.

“Akibat kejadian itu, mangsa yang berasal dari Kampung Telaga Mas, Pokok Sena mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan mati di tempat kejadian.

“Manakala rakannya dengan seorang lagi penunggang motosikal dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk mendapat rawatan lanjut,” katanya kepada Sinar Harian.

Adzaman berkata, siasatan lanjut akan dijalankan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian.

Sementara itu, seorang saksi, Mohd Rizal Mohd Radzi, 25, berkata, dia dan beberapa rakan terkejut melihat kejadian itu apabila  motosikal mangsa melanggar tiang elektrik yang berdekatan.

Katanya, selepas melanggar tiang elektrik, mangsa terjatuh ke dalam parit serta dihempap oleh motosikalnya sendiri.

“Penduduk yang berada di situ keluar dan mengangkat mangsa keluar dari parit dan meletaknya di bahu jalan sambil memberi bantuan kecemasan.

“Seorang lagi rakan mangsa tercampak di jalan raya dan nasib baik pada masa itu tiada kenderaan lain melalui di jalan itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");