Jenayah

Mayat warga India ditemui hampir reput

jenayah

PUCHONG – Mayat seorang lelaki warga India ditemui hampir reput berdekatan kawasan semak di Jalan Puteri 2/4, Bandar Puteri di sini, malam kelmarin.

Ketika ditemui, mangsa berada dalam posisi telangkup tanpa berbaju dan hanya berseluar panjang berwarna gelap.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Deputi Superintendan Lam Chien Fei berkata, polis menerima maklumat awam berhubung penemuan itu sebelum sepasukan anggota dikejarkan ke tempat kejadian.

Pemeriksaan mendapati mangsa dikenali sebagai R Shanmuglsundaram, 49, dengan nombor pasport F9234097.

Dokumen pengenalan diri masih bersamanya dan alamat majikan mangsa adalah di Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan di bahagian badan dan kepala mangsa didapati hampir reput.

“Tiada unsur jenayah dan sebarang senjata ditemui, punca kematian belum dapat dikenal pasti. Mangsa dipercayai mati antara empat hingga lima hari yang lalu,” katanya.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");