Sukan Hari Ini

Muslifah akui perlu hadapi saingan sengit

tembak muzlifah Atlet menembak kebangsaan Muslifah Zulkifli mengakui perlu tempuhi cabaran sengit dari setiap negara yang mengambil bahagian dalam acara 50m rifle prone wanita pada Sukan SEA di Myanmar pada Disember depan.

Beliau berkata semua atlet menembak perlu mahir dalam acara rifle prone sebelum masing-masing beralih ke acara yang lebih spesifik.

“Semua atlet tidak akan mempunyai masalah untuk mempamerkan aksi cemerlang dalam acara rifle prone kerana acara itu adalah asas…jadi saingan akan menjadi lebih kuat dan saya perlu bekerja keras bagi mempertingkatkan skor yang lebih tinggi bagi acara rifle prone ini nanti.

“Acara ini tidak dipertandingkan di Sukan Olimpik dan Kejohanan Dunia, jadi kurang pendedahan bertanding di peringkat antarabangsa…kita tidak tahu negara mana yang kuat,” katanya.

Antara acara lain yang akan dipertandingkan pada Sukan SEA kali ini ialah 50m rifle prone kategori lelaki dan berkumpulan, 10m air pistol (kategori lelaki dan berpasukan lelaki serta wanita), 25m pistol wanita dan berkumpulan dan 50m free pistol individu lelaki dan berpasukan.

Seorang lagi penembak kebangsaan dalam acara sama, Nur Ayuni Farhana Abdul Halim berkata beliau perlu mengambil masa untuk membiasakan diri dalam acara itu sebelum berlepas ke Myanmar nanti.

“Sebelum ini, fokus saya ialah acara 50m three-position air rifle dan 10m air rifle sahaja. Bagi saya untuk menembak dalam acara ini tiada masalah, tetapi saya perlu biasakan diri sebab banyak perkara perlu diperbaiki,” katanya.

Beberapa atlet menembak telah menjalani latihan di Switzerland pada Mei lepas dan kemudian akan menjalani latihan pusat di Langkawi selepas Aidilfitri ini.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");