Jenayah

Op Daulat punca aktiviti bom ikan menurun

sabahSEMPORNA – Aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan peledak di kawasan perairan Semporna menurun secara mendadak sejak pihak berkuasa melancarkan Operasi Daulat, Februari lalu.

Walaupun tidak dapat dipastikan sama ada penurunan itu adalah kesan langsung operasi berkenaan, statistik pihak berkuasa menunjukkan tiada aktiviti mengebom ikan dikesan sepanjang tempoh Januari hingga Julai lepas.

“Untuk tempoh sama tahun lepas kita kesan 10 kes dan merampas 2,463 unit ‘detonator’ (peledak) daripada suspek,” kata Pegawai Pemerintah Pasukan Polis Marin (PPM) Semporna, ASP Mat Zawawi Mat Yaacob kepada Bernama.

Menurut Mat Zawawi, sepanjang tahun lalu pihaknya mengesan 11 kes mengebom ikan yang disiasat mengikut Akta Bahan Letupan dan 10 kes lagi di bawah Seksyen 26 (1) (c) Akta Perikanan 1985 iaitu memiliki ikan yang tangkap menggunakan bom.

Katanya sepanjang tahun lalu juga sebanyak 2,532 unit peledak dan ribuan kilogram ikan yang dibom berjaya dirampas di samping penahanan puluhan suspek.

“Sememangnya sepanjang Ops Daulat, kehadiran aset pelbagai agensi keselamatan memang amat ketara di kawasan perairan Semporna. Mungkin penurunan ketara kes mengebom ikan adalah kesan sampingan daripada Ops Daulat,” katanya.

Operasi Daulat dilancarkan oleh kerajaan Februari lepas untuk mengesan dan memberkas pengganas dari selatan Filipina yang menceroboh pantai timur Sabah melalui Kampung Tanduo, Lahad Datu dan Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna sejak 12 Februari.

Pelancaran operasi itu yang kini dinamakan Ops Sanggah menyaksikan pengawalan ketat perairan pantai timur Sabah termasuk Semporna, menerusi penubuhan kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) dan Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSZONE).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");