Membawang Hari Ini

Ning Baizura beraya di UK!

NING BAIZURA2

Kurang seminggu lagi, seluruh umat Islam di negara kita bakal menyambut kedatangan Syawal yang penuh bermakna.

Di saat ini, mungkin kebanyakan daripada kita telah menyediakan segala kelengkapan dan persiapan untuk menyambut lembaran Aidilfitri.

Tidak ketinggalan juga yang mengambil peluang ini untuk pulang lebih awal ke kampung halaman bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Namun, bagi penyanyi bersuara soprano, Ning Baizura, mereka sekeluarga memilih untuk beraya di negara kelahiran suaminya, Bermingham, United Kingdom.

Alah bisa tegal biasa, tahun ini merupakan tahun ketiga Ning atau nama sebenarnya, Ning Baizura Sheikh Hamzah, 38, beraya di sana.

Pun begitu, Aidilfitri tahun ini dijangkakan lebih meriah dengan kehadiran putera kesayangannya, Ryan Sky Dalton, tujuh bulan.

Ketika artikel ini ditulis, Ning dan keluarganya sudah berada di Birmingham. Mereka berangkat ke sana pada 25 Julai lalu.

Menurut Ning, raya ini merupakan kali pertama dia membawa pulang Ryan untuk dipertemukan kepada keluarga suaminya, Omar Sharif Christopher Layton Dalton.

“Alhamdulillah, dua tahun sebelum ini, kami pulang tanpa Ryan. Tahun ini, seluruh keluarga Omar menantikan kedatangan Ryan sebagai orang baru dalam keluarga mereka.

“Saya rasa, tahun ini lebih meriah berbanding sebelumnya kerana bilangan ahli keluarga semakin bertambah.

“Selain saya, suami dan Ryan, saya juga membawa ibu, Satilah Abdullah, setiap kali beraya di sana. Kami akan berada di sana selama 15 hari bermula 26 Julai,” katanya.

Ning dan Omar mendirikan rumah tangga pada 31 Januari 2008 dan mereka dikurniakan seorang putera, Ryan Sky Dalton, pada tarikh ulang tahun perkahwinan mereka yang kelima.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");