Berita Hari Ini

Ops Raya: 800 anggota bertugas

Ghani (tengah) menyerahkan bungkusan kuih raya kepada anggota bomba yang bertugas pada musim perayaan
Ghani (tengah) menyerahkan bungkusan kuih raya kepada anggota bomba yang bertugas pada musim perayaan

JOHOR BAHRU: Seramai 800 anggota bomba di negeri ini terlibat dalam tugas semasa musim perayaan Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri, Datuk Ab Ghani Daud berkata, hanya 40 peratus daripada 1,200 anggota bomba sahaja yang dibenarkan bercuti secara bergilir.

Menurutnya, anggota bomba akan melakukan rondaan jalan raya untuk urusan penyelamatan dalam tempoh seminggu sebelum hari raya dan seminggu selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Anggota kita turut melakukan pemeriksaan terhadap premis perniagaan yang menjadi tempat tumpuan orang ramai pada musim perayaan bagi memastikan laluan keselamatan kebakaran tidak terhalang dengan barangan perniagaan.

“Sebanyak 133 notis dikeluarkan sehingga Julai tahun ini kerana telah menghalang laluan tangga keselamatan dan pintu rintangan api,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Bungkusan Kuih Raya dan Majlis Pelancaran ‘Ops Raya’, di sini,
semalam.

Ab Ghani menyeru orang ramai supaya lebih berhati-hati bagi mengelakkan kebakaran terutama dalam memastikan perkara berkaitan elektrik kerana dikesan kebakaran banyak berpunca daripada elektrik.

Menurutnya, pihaknya berusaha mengurangkan jumlah kes sempena musim perayaan daripada 454 kes yang direkodkan sepanjang Ops Sikap XXIII Hari Raya Aidilfitri tahun lalu.

“Elakkan kecuaian yang boleh mengundang kebakaran dan pastikan sentiasa berada dalam situasi berhati-hati.

“Bagi anggota yang bertugas saya harap dapat menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan bangga kerana bekerja untuk keselamatan orang ramai,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");