Perak Hari Ini

Orang Ramai Tidak Perlu Khuatir Keselamatan Pelajar Perak di Mesir: DS Zambry

PERAK TODAY 3

Berhubung pergolakan di Mesir yang semakin serius,  Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir hari ini menasihati semua pihak agar bertenang dan tidak perlu khuatir tentang tahap keselamatan pelajar yang sedang menuntut di negara tersebut.

Beliau berkata, keadaan dan tahap keselamatan pelajar akan terus dipantau  menerusi maklumbalas yang diperoleh daripada wakil pelajar di sana.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas ditemui menghadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Bekas Tentera Laut Diraja Malaysia Negeri Perak Kali-6 serta majlis sambutan Hari Raya di Manjung, hari ini.

Menurut Zambry lagi, melalui laporan yang diterimanya, keadaan di sana sememangnya tidak stabil.

Namun begitu,  keadaan pelajar Malaysia khususnya dari Perak masih berada dalam keadaan yang terkawal.

“Mereka juga diharap dapat menjaga keselamatan diri dan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk memastikan tiada kejadian buruk terjadi,” ujarnya lagi.

Tambah Zambry lagi, pihak Kementerian Pertahanan Malaysia dan Wisma Putra sedang memantau keadaan pelajar Malaysia di sana.

Terkini, persiapan terakhir sedang giat disediakan oleh kementerian untuk membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia sekiranya keadaan mendesak untuk berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");