Perak Hari Ini

Tunggu Laporan Lanjut: DS Zambry

zambry pc

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya akan mendapatkan laporan lengkap berhubung isu orang awam bersolat di hadapan tandas awam dekat Kuala Kangsar, baru-baru ini.

Katanya, isu itu tidak perlu diperbesar-besarkan kerana tindakan sewajarnya akan diambil kelak.

Beliau juga enggan mengulas lanjut dan memaklumkan pihaknya sedang menunggu laporan lengkap daripada Yang Di Pertua Majlis Perbandaran Kuala Kangsar, Abdul Halim Hameddan dan Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khairil Anuar Wan Ahmad berkenaan isu terbabit.

Isu ini menjadi bualan ramai apabila seorang pengguna laman sosial Facebook telah memuat turun gambar rakannya bersolat di sebuah lokasi tapak perniagaan di Kuala Kangsar, yang berhadapan dengan sebuah tandas awam.

Gambar tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi negatif daripada pelbagai pihak kerana  tiada kemudahan surau disediakan di kawasan berkenaan.

Menurut hasil tinjauan salah satu akhbar tempatan semalam, di kawasan berkenaan turut disediakan sejadah dan tikar yang boleh memuatkan lima hingga enam orang dewasa bagi kemudahan peniaga mendirikan solat.

Terdapat surau disediakan di kawasan berkenaan, namun tidak boleh digunakan dan berkunci dan laluan masuk ke surau berkenaan juga dihalang dengan kenderaan dan gerai perniagaan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");