Jenayah

Pemandu lori songlap diesel

minyak lol

KUANTAN – Pemandu lori yang cuba ‘mencuri’ diesel berputih mata apabila ditahan ketika cuba melakukan kegiatan haram itu di Jalan Kuantan- Kemaman dekat sini, Selasa lalu.

Kelicikan pemandu lori itu berjaya dikesan apabila menjadikan sebuah stor haram sebagai  transit mengumpul dan mengedar bahan api bersubsidi yang disonglap secara haram.

Pengarah Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) Pahang, Mohd A Aruwan Ab Aziz berkata, aktiviti penyelewengan itu sebelum ini sudah dikesan namun masih ada lagi pemandu lori yang cuba ‘mencari makan’ dengan cara yang tidak betul itu.

“Mereka dikatakan mencuri 300 hingga 400 liter diesel daripada jumlah 16,000 liter yang dibawa mereka,” katanya pada sidang media sempena Majlis Berbuka Puasa PPDNKK bersama media, di sini, semalam.

Katanya, modus operandi ahli sindiket itu agak licik memandangkan ketirisan bekalan minyak itu seolah-olah tidak disedari pemilik stesen minyak kerana prosedur penghantaran termasuk tag khas yang dipasang pada hos keluar masuk pada tangki tidak terusik.

“Mereka ada cara tersendiri untuk menyedut keluar kira-kira 300 liter diesel dari setiap petak isian pada tangki menggunakan pam khas yang mampu menyedut jumlah yang dikehendaki dalam masa hanya lima minit,” katanya.

“Selepas selesai sedut minyak, pemandu terlibat akan meneruskan perjalanan ke stesen minyak yang sepatutnya sebelum aktiviti itu diteruskan oleh pemandu tidak bertanggungjawab yang lain,” katanya.

Selain itu, turut ditahan adalah sebuah lori 3 tan yang diubahsuai untuk tujuan penyelewengan diesel.

Beliau berkata, lori yang diubahsuai dan ditutup dengan kanvas itu berjaya ditahan minggu lalu dengan muatan diesel 8,000 liter.

“Kita percaya, diesel tersebut adalah untuk dijual kepada industri dengan harga yang lebih rendah,” katanya.

Katanya, dalam tempoh Januari hingga 30 Julai, 13 kes penyelewengan diesel berjaya dikesan membabitkan sitaan 26,229 liter dengan nilai RM47,213.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");