Jenayah

Pengusaha salun mati kena tikam

jenayah

Johor Bahru: Seorang pengusaha salun kecantikan ditemui mati dengan kesan tikaman di perut dan kelar di pergelangan tangan serta leher di premisnya di Taman Bukit Indah, di sini.

Wanita berusia 39 tahun itu ditemui mati dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah oleh pekerjanya kira-kira jam 11.30 pagi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Nusajaya, Deputi Superintendan Razak Md Said, berkata mangsa dipercayai ditikam sepasang lelaki dan wanita yang dilihat menemuinya sebelum kejadian.

“Siasatan awal mendapati ketika kejadian hanya mangsa bersama dua pekerja dan dua pelanggan berada di premis itu sebelum kedua-dua suspek datang bagi menemui mangsa.

“Difahamkan, pekerja mendengar pertengkaran antara mangsa dan suspek tetapi tidak melihat apa yang berlaku kerana berada bersama pelanggan di bilik berasingan.

“Apabila keadaan menjadi senyap secara tiba-tiba, pekerja mangsa curiga lalu keluar sebelum menemui majikan mereka terbaring dalam keadaan berlumuran darah di lantai ruang utama salun,” katanya ketika dihubungi semalam.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");