Laporan Eksklusif

Proton Suprima S Identiti Baru Industri Automatif Negara

keta da proton

Menggabungkan ciri kontinental dan tempatan, Proton Suprima S yakni model pertama hatchback keluaran Proton selepas pengambil-alihan DRB Hicom ternyata menyuntik identiti baru dalam industi automatif negara.

Penampilan agresif dan dihasilkan melalui tahap kejuruteraan tinggi, Proton menyasarkan menjual 750 unit model itu dalam tempoh sebulan selepas dilancarkan oleh Penasihat Proton, Tun Dr Mahathir Mohamad di Kuala Lumpur, semalam.

Menurut Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Datuk Seri Mohd Khamil Jamil, model itu direka untuk menembusi pasaran luar terutamanya rantau Asia Pasifik seperti Indonesia, Thailand dan Australia.

“Model Proton Suprima S ini adalah antara produk terbaik yang dihasilkan oleh Proton dan ia juga memenuhi piawaian keselamatan serta kualiti yang ditetapkan untuk tujuan eksport.

“Pelancaran model ini juga membuktikan kemampuan anak muda tempatan dalam menghasilkan suatu produk terbaik,” katanya.

Menurutnya, pelancaran model itu juga membuktikan komitmen Proton dalam menghasilkan pelbagai produk yang selamat, berkualiti tinggi dan bernilai untuk wang bagi memenuhi permintaan pelanggan hari ini.

Sementara itu, Dr Mahathir menegaskan beliau gembira dengan prestasi syarikat itu yang melancarkan dua model tahun ini, iaitu Proton Saga SV pada Jun lalu dan terbaru Proton Suprima S.

Jelasnya, model terbaru itu juga setanding dengan kenderaan lain yang terdapat di pasaran selain yakin ia mampu dieksport ke negara maju memandangkan ia memenuhi standard keselamatan dan kualiti antarabangsa.

“Dengan pelancaran model ini, saya berharap agar tanggapan sesetengah pihak yang mengatakan Proton mengeluarkan kereta yang murah dan tidak berkualiti dapat dihapuskan kerana ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang tiada dalam model sebelum ini,” katanya sambil meminta rakyat Malaysia memberi sokongan padu terhadap model hatchback pertama keluaran Proton itu.

Dengan lima pilihan warna iaitu merah, hitam, putih, perak dan biru, Proton Suprima S boleh dimiliki dengan dua varian Eksekutif dan Premium pada harga masing-masing bermula dari RM76,338 dan RM79,638.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");