Sukan Hari Ini

Penyokong mahu TRW fokus

KLATAN

PRESIDEN Kelab Penyokong Siber Bola Sepak Kelantan Darul Naim (Kelate.Net), Khairi Yazid berharap agar isu seorang pemain Kelantan disahkan positif dadah tidak akan melemahkan semangat juara bertahan Piala Malaysia itu dalam perlawanan kedua, Kumpulan C menentang Terengganu di Stadium Sultan Muhammad IV, malam ini.

Malah katanya, isu itu juga harus diketepikan dahulu oleh pemain Kelantan dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap perlawanan malam ini memandangkan kutipan tiga mata harus diraih bagi memastikan perjuangan skuad The Red Warriors (TRW) dalam kempen kali ini masih bernyala.

“Saya harap pemain tidak mudah lemah semangat dan tertekan, sebaliknya menumpukan sepenuh perhatian untuk perlawanan menentang Terengganu malam ini.

“Mereka juga perlu melupakan seketika isu tersebut dan memberi tumpuan kerana kita mempunyai misi lebih penting malam ini,” katanya kepada Sinar Harian Online.

Kelantan kini berada di tangga kedua Kumpulan C dengan mengumpul satu mata, sementara Terengganu berada di tangga tercorot selepas tewas 0-2 kepada Negeri Sembilan pada perlawanan pertama Selasa lalu.

Tambah Khairi, beliau yakin Kelantan mempunyai sedikit kelebihan pada perlawanan malam ini apabila beraksi di hadapan penyokong sendiri.

Bagaimanapun, beliau tidak menafikan pasukan bimbingan Bojan Hodak itu bakal berdepan tentangan sengit daripada anak buah E Elavarasan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");