Membawang Hari Ini

Sudah bertunang?

zayn malikHUBUNGAN Zayn Malik dan Perrie Edwards sebelum ini dikatakan mengalami masalah yang sangat berat. Namun kini, muncul pula khabar bahawa mereka telah bertunang. Benarkah cerita itu? Kalau betul tahniah buat kedua-duanya.

Khabar itu mula timbul berikutan kehadiran Edwards semasa tayangan perdana filem dokumentari One Direction, This Is US, baru-baru ini.

Dalam pratonton tersebut yang diadakan di Leicester Square pada Selasa lalu, Edwards dilihat memakai cincin yang dipercayai cincin pertunangannya dengan vokalis itu.

Menurut laporan dailymail.co.uk, cincin yang berkilauan itu pastinya akan menjadi perbualan ramai di Twitter.

Namun, para peminat akan menyimpulkan bahawa itu adalah hanya cincin yang dibeli oleh Edwards dan Malik di Paris sebagai meraikan ulang tahun pertama perhubungan mereka sejak awal tahun lalu. pihak Dailymail cuba menghubungi Malik dan Edwards untuk memastikan kesahihan gosip itu.

Tetapi malangnya mereka masih belum mendapat apa-apa berita dan jawapan dari kedua-dua pihak.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");