Berita Hari Ini

Promosi kraf Aidilfitri 2013 dilanjutkan

KRAF

KUALA LUMPUR: Kraftangan Malaysia agensi di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan melanjutkan tarikh Promosi Kraf Aidilfitri sehingga hari Ahad, 4 Ogos 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Jalan Conlay.

Promosi yang bermula 24 Julai lalu itu, dijadualkan berakhir pada hari Sabtu, 3 Ogos 2013 dari jam 10.00 pagi hingga 10.00 malam.

Atas sambutan yang menggalakkan serta memberi lebih peluang kepada orang ramai yang membuat persiapan Hari Raya pada saat-saat akhir, pihak Kraftangan Malaysia melanjutkan promosi ini. Promosi kali ini merupakan penganjuran kali ke-9 diadakan sejak 2003.

Sehubungan itu, Kraftangan Malaysia amat berbesar hati memohon kerjasama pihak media untuk menghebahkan perkara ini kepada orang ramai.

Sumber : Kraftangan Malaysia

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Bahagian Komunikasi Korporat, Kraftangan Malaysia
Tel : 03-2161 3793
Faks : 03-2161 3773

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");