Berita Hari Ini

Industri ICT dijangka meningkat

mynefinvestmentashranb3

KUALA LUMPUR: Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka mengekalkan trajektori menaiknya sehingga akhir tahun, terutama dipacu oleh momentum selepas pilihan raya, demikian menurut Yayasan Usahawan Baru (myNEF).

Pengerusinya, Ashran Ghazi berkata usaha padu kerajaan dalam menempatkan pelbagai skim ke dalam pasaran merupakan penggerak utama untuk industri itu terus mampan.

“Aktiviti berkaitan industri akan terus meningkat dalam bulan-bulan selebihnya.

“Yang pastinya, skim-skim kerajaan ini akan memberikan impak yang positif kepada keseluruhan industri,” kata beliau kepada Bernama.

Ashran berkata momentum selepas pilihan raya, terutamanya dalam perniagaan berasaskan kontrak mula bergerak dengan proses membuat keputusan yang mudah.

Beliau maklum produk-produk ICT, yang lebih kepada runcit, akan terus berkembang kerana usaha-usaha kerajaan untuk menggalakkan perusahaan kecil dan sederhana mengguna pakai ICT dalam perniagaan mereka.

Ditanya sekiranya situasi tidak menentu global akan memberi kesan kepada industri, beliau berkata, kesannya hanyalah sedikit sahaja.

“Kami agak bersifat memilih ke atas pasaran yang kami mahu ceburi. Eksport kami menunjukkan trend peningkatan dalam separuh pertama tahun ini dan sehingga sekarang.

Bagaimanapun, kelembapan ekonomi global akan menjejaskan kadar pertumbuhan.

“Impaknya dirasai terutamanya oleh syarikat-syarikat ICT yang memberi tumpuan kepada perniagaan berasaskan hubungan (contact) dari kerajaan ataupun sektor swasta,” kata beliau.

Ditubuhkan oleh peserta industri dengan kerjasama kerajaan, MyNEF ialah pertubuhan bukan mengaut keuntungan yang menyokong pembangunan ICT dan industri kreatif negara.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");