Perak Hari Ini

Pusat Pengambilan Pelajar KDU Kini Beroperasi Di Ipoh

kduSelepas Sibu, Kolej Damansara Utama (KDU) kini membuka Pusat Pengambilan Pelajar di bandar raya Ipoh bagi memudahkan proses pendaftaran pelajar di sekitar negeri Perak pada masa akan datang.

Menurut Pengarah KDU, Dr Chong Beng Keok, dengan wujudnya pusat terbabit, ia dijangka dapat memberi kemudahan kepada pelajar di kolej tersebut yang majoritinya berasal dari Ipoh dan Taiping untuk melakukan proses pendaftaran.

“Lebih 15 peratus pelajar di KDU Penang berasal dari Perak khususnya Taiping dan Ipoh dan setiap tahun peratus kemasukan pelajar dari negeri ini terus meningkat.

“Oleh itu, kita mewujudkan pusat ini sebagai salah satu inisiatif memudahkan pelajar Perak membuat pendaftaran dan selepas ini, mereka tidak perlu lagi ke KDU Penang.

“Selain itu, ia juga berperanan sebagai pusat kaunseling serta bengkel bagi memberi kemudahan kepada pelajar untuk berkongsi masalah yang dihadapi,” katanya pada majlis perasmian Pusat Pengambilan Pelajar KDU Ipoh, hari ini.

Terdahulu, Ketua Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas (SPSPK) Perak, Aznan Alias menyempurnakan majlis perasmian pusat terbabit yang beroperasi di Jalan Dato’ Tahwil Azar, berdekatan gedung pakaian, Kamdar.

Mengulas lanjut, Beng Keok berkata, ibu bapa pelajar juga boleh merujuk hal berkaitan kebajikan anak mereka sekiranya timbul sebarang keraguan.

Pada 2011, KDU dianugerahkan institusi pendidikan bertaraf lima bintang di atas kejayaannya melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

Setakat ini, KDU kolej mempunyai dua cawangan pusat pengambilan pelajar iaitu di Sibu, Sarawak yang dibuka secara rasmi tahun lalu.

Pusat Pengambilan Pelajar KDU ini beroperasi setiap hari Isnin hingga Jumaat, mulai jam 9 pagi hingga 5.30 petang manakala sesi kaunseling pula ditawarkan pada permulaan kemasukan pelajar baru dan jika terdapat permintaan.

Untuk maklumat lanjut, hubungi pusat operasi di talian 605-2414211 atau menghantar pertanyaan menerusi e-mail [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");