Jenayah

Remaja rogol anak saudara

jenayah

Kuala Kubu Bahru: Ketagihan menonton video lucah mendorong seorang pelajar Tingkatan Tiga, melampiaskan nafsu serakahnya secara merogol anak saudara yang baru berusia lima tahun dalam kejadian dekat Bukit Beruntung di sini.

Kejadian yang berlaku di Taman Bunga Raya pada Khamis lalu itu, hanya disedari ibu mangsa petang kelmarin, apabila anaknya mengadu sakit pada kemaluan ketika hendak kencing.

Curiga dengan kesakitan itu, suri rumah berusia 24 tahun itu mendesak anaknya menceritakan apa yang berlaku, sebelum mangsa memaklumkan seorang bapa saudara mencederakan kemaluannya.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norel Azmi Yahaya Affandi, berkata mangsa dipercayai dirogol remaja lelaki terbabit di rumah keluarga kanak-kanak itu, ketika mangsa ditinggalkan bersendirian bersamanya, sementara suri rumah itu keluar ke pekan berdekatan.

Susulan laporan polis dibuat ibu mangsa, polis menahan pelajar Tingkatan Tiga yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) bulan depan di rumahnya tidak jauh dari rumah mangsa, katanya.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");