Perak Hari Ini

Semua Pihak Diminta Akur Keputusan Mahkamah: Rashidi

rashidi

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Panjang, Rashidi Ibrahim menzahirkan rasa syukur di atas keputusan Mahkamah Pilihan Raya di Batu Gajah yang mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu.

“Sudah pasti semua pihak termasuklah pucuk pimpinan dan penyokong BN berasa begitu gembira dan bersyukur dengan keputusan tersebut.

“Sewajarnya semua pihak menerima keputusan ini penuh redha dan akur dan janganlah kita menggembar-gemburkan lagi perkara ini kerana keadilan telah ditegakkan,” katanya kepada Peraktoday.com, hari ini.

Menurut Rashidi, sebarang ketidakpuasan hati di kalangan pengundi, calon atau penyokong parti boleh dikemukakan melalui petisyen yang mana sistem ini merupakan satu intipati proses demokrasi yang menjadi amalan di negara ini.

“Tindakan berhimpun dan mengadakan demonstrasi jalanan tidak bersesuaian kerana kita mempunyai undang-undang dan proses pilihan raya yang perlu dipatuhi,” ujarnya lagi.

Rashidi juga menyeru semua pihak supaya memberi fokus kepada rakyat jelata dan beliau sendiri menawarkan diri untuk berkhidmat kepada rakyat Pasir Panjang agar kesejahteraan dan kebajikan rakyat terjaga.

Katanya, selepas petisyen dikemukakan, beliau bersama jentera parti tetap bekerja seperti biasa dengan turun padang untuk mengenalpasti masalah rakyat.

“Saya tetap bekerja dan turun padang bertemu rakyat seperti biasa dan keadaan itu langsung tidak menjejaskan tumpuan saya untuk menunaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di DUN Pasir Panjang,” tegasnya lagi.

Semalam, Hakim Pilihan Raya Abang Iskandar Abang Hashim yang membuat keputusan mengekalkan kemenangan BN memaklumkan pempetisyen gagal mematuhi Peraturan 9 dan Peraturan 34 Kaedah-Kaedah Petisyen Pilihan Raya 1954.

Beliau menolak petisyen dengan kos.

Bagi DUN Pasir Panjang, mahkamah mengarahkan pempetisyen, Hamidun Ahmad membayar kos RM40,000 masing-masing kepada kepada responden pertama iaitu ADUN Pasir Panjang Rashidi Ibrahim, responden kedua, Pegawai Pengurus Pilihan Raya dan responden ketiga, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");