Perak Hari Ini

Sidang DUN Perak Ke-13: Kerajaan Yakin Capai Sasaran Negeri Maju 2015

Zmbry

Kerajaan negeri yakin akan mencapai sasaran negeri maju menjelang tahun 2015 melalui pelan Perak Amanjaya yang diperkenalkan sejak 2009.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir (BN-Pangkor), berkata antara indikator positif termasuklah peningkatan pendapatan isi rumah daripada RM2,809 pada tahun 2009 kepada RM3,548 pada tahun 2012.

Tambahnya, jumlah miskin tegar juga dilaporkan menurun daripada 0.5 peratus pada tahun 2009 kepada 0.2 peratus pada tahun lalu.

Pembangunan fizikal yang direncana ini akan dapat membantu rakyat jelata berkongsi manfaat daripada pembangunan komprehensif yang seimbang dan berkualiti, katanya lagi.

Sementara itu, Zambry menjelaskan jumlah kemasukan pelabur asing secara langsung masih mendapat sambutan yang menggalakkan walaupun ekonomi di peringkat global menununjukkan tahap tidak menentu.

“Nilai pelaburan asing (FDI) bertambah dengan ketara daripada RM399.5 juta pada tahun 2009 kepada RM1,646.7 juta pada tahun 2010 manakala pada tahun 2011, kita mencatatkan jumlah RM90 juta berbanding RM1,592.1 juta pada tahun 2012.

“Melalui penekanan yang diberikan, pembangunan fizikal yang direncanakan akan dapat memberi peluang kepada rakyat berkongsi manfaat serta faedah daripada pembangunan komprehensif yng seimbang yang dijalankan kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan Datuk Mohd Tarmizi Idris (BN-Kenering) pada hari kedua Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak ke-13 di Ipoh, hari ini.

Justeru, melalui pencapaian yang dicatatkan setiap tahun, Zambry yakin bahawa pelan pembangunan yang rancak dijalankan mampu membawa Perak mencapai kejayaan jika semua pihak memberikan kerjasamaserta komitmen berterusan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");