Berita Hari Ini

Syiah: Elak tragedi Timur Tengah

MUSTAPHA

MACHANG: Tindakan tegas perlu diambil dengan segera bagi menangani penyebaran fahaman siah yang mampu menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini sebagaimana yang berlaku di beberapa negara Timur Tengah.

Pengerusi Badan Perhubungan Uumno Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, rakyat Malaysia berpegang teguh kepada akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan menolak Syiah, namun sudah ramai rakyat di negara ini mula terpengaruh dengan fahaman itu sejak akhir-akhir ini.

Justeru itu, katanya, sebarang usaha membawa masuk fahaman itu ke negara ini tidak boleh diterima sama sekali dan perlu ditangani segera.

Menurutnya, difahamkan terdapat penularan fahaman tersebut di negeri ini di mana hampir 1,000 pengikut Syiah dikesan sebagaimana didedahkan Jabatan Hal Ehwal Islam Kelantan (JAHEAIK) baru-baru ini.

“Kita tidak mahu umat Islam di negara kita mengalami nasib yang sama seperti mana negara-negara Timur Tengah seperti Iraq, Afghanistan dan Syria. Semua ini berpunca akibat perbezaan fahaman yang membawa kepada perpecahan umat islam. Kita perlu berpegang teguh kepada Ahli Sunnah Wal Jamaah sahaja.

“Kita harap tindakan akan diambil termasuk di Kelantan terhadap mereka yang menyebarkan fahaman Syiah demi menjaga keharmonian dan perpaduan umat Islam di negara ini,” katanya, di sini, kelmarin.

Beliau berkata demikian pada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Kelantan di sini, kelmarin.

Yang turut hadir, Naib Presiden HDC, Dr. Abd Malik Musharaf; Pengarah MITI Cawangan Kelantan, Azran Deraman dan Rektor UiTM Kelantan, Profesor Madya Dr. Mohd Shukri Omar.

Baru-baru ini JAHEAIK mendedahkan hampir 1,000 anggota pergerakan Syiah dikesan di Kelantan yang membabitkan pelbagai latar belakang masyarakat.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");