Isu Panas

16 Sept: Memperingati Pembohongan Terbesar Dalam Sejarah Politik Negara

Anwar Ibrahim

Tarikh 16 September bukan sahaja akan diingati oleh rakyat Malaysia sebagai tarikh bersejarah penubuhan Malaysia, tetapi tarikh ini juga akan diingati oleh seluruh rakyat di negara ini, di mana pada tarikh tersebutlah berlakunya satu pembohongan politik terbesar dalam sejarah politik negara, demikian jelas Ketua UMNO Bahagian Batu Pahat, Datuk Dr. Puad Zarkashi.

Menurut beliau, pembohongan yang dilakukan oleh Anwar itu mana mungkin dapat dilupakan oleh rakyat di negara ini, memandangkan pembohongan seperti itu merupakan satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana ahli politik dalam sejarah politik tanahair.

“Secara tidak langsung, tindakan Anwar itu juga sebenarnya mencemar keharmonian politik tanahair selama ini dengan pembohongannya yang amat dahsyat itu, malah turut mencalarkan tarikh 16 September yang menjadi tarikh penubuhan negara ini.

“Anwar bukan saja sekadar berbohong kepada rakyat, tetapi beliau juga sanggup menjual nama yang DiPertuan Agong kononnya telah memberikan restu kepadanya untuk menjadi Perdana Menteri, sekiranya beliau berjaya ‘membeli’ 30 Ahli Parlimen BN untuk menyebelahi beliau,” jelasnya kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Tambahnya, sikap Anwar yang tergamak membohongi rakyat serta sanggup menjual nama Yang DiPertuan Agong demi kepentingan politik peribadinya merupakan satu tindakan yang tidak bermaruah yang menjejaskan keharmonian berpolitik di negara ini.

“Ketika itu saya lihat, sebahagian rakyat sudah terpengaruh dengan lagu yang didendangkan oleh Anwar dengan mengatakan bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri kerana 30 ahli parlimen BN akan menyebelahi pihak pembangkang.

“Namun ternyata, rancangan yang digembar gemburkannya kepada rakyat itu tidak menjadi dan buktinya tidak ada seorang pun ahli parlimen BN yang melompat pergi ke pembangkang,”ujarnya.

Katanya lagi, ini membuktikan secara jelas bahawa cara permainan politik yang diamalkan oleh Ketua Pembangkang itu amat kotor dan sanggup berbuat apa saja demi untuk mendapatkan kerusi Perdana Menteri di negara ini.

“Kini setelah lima tahun berlalu, saya yakin rakyat di negara ini tidak akan lupa segala kata-kata beliau tentang pengambilahan kuasa 16 September ini.

“Saya juga yakin, bahawa rakyat hari ini sudah tahu siapa dan bagaimana caranya Anwar Ibrahim berpolitik. Saya yakin, rakyat tidak lagi mudah terpengaruh dengan menelan bulat-bulat segala kata-kata Anwar.

“Ini kerana sudah terbukti, bahawa apa saja agenda politik yang keluar dari mulut beliau hanyalah satu pembohongan semata-mata yang sebenarnya tidak mendatangkan sebarang faedah bagi rakyat dan negara, kecuali terhadap survival politik beliau semata-mata,” akhiri beliau.

-MediaUMNO

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");