Jenayah

2 suspek ragut eksekutif AirAsia tak mengaku salah

MAHKAMAH

AMPANG – Seorang pemandu bas sekolah dan rakannya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang di sini hari ini atas pertuduhan menyamun seorang eksekutif syarikat penerbangan Air Asia sebelum mangsa meninggal dunia terlanggar bas dalam kejadian Ogos lalu.

Tertuduh, Mohamad Faiz Amirol Mohamad, 22, dan Azizee Ishak, 25, didakwa merompak Shahrinawati Abu Bakar, 30, di depan Kondominium Palm Villa City Garden, Taman Nirwana, di dalam daerah Polis Ampang Jaya di sini pada jam 2.45 pagi, 29 Ogos 2013.

Mangsa bagaimanapun maut akibat dilanggar oleh individu yang ingin membantunya.

Dakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh boleh dikenakan sebat jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie tidak menawarkan sebarang jaminan kerana kesalahan itu tidak boleh dijamin.

“Ia juga melibatkan kepentingan awam dan akibat kejadian ini mangsa meninggal dunia,” kata Nadiah.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");