Sukan Hari Ini

Hoki: 4 negeri layak ke separuh akhir

hoki

KUALA Lumpur mengekalkan rekod tanpa kalah untuk mara ke separuh akhir Divisyen 1 Kejohanan Hoki Tun Razak ke-51 selepas menamatkan perlawanan peringkat kumpulan di sini, semalam.

Selain Kuala Lumpur, Melaka, Negeri Sembilan dan Perak turut melangkah ke separuh akhir selepas melengkapkan jadual peringkat kumpulan.

Kuala Lumpur, yang memburu gelaran ke-20, muncul juara Kumpulan B selepas mengalahkan Pahang 2-1 untuk mengumpul sembilan mata maksimum dalam tiga perlawanan.

Perak pula muncul naib juara kumpulan dengan menang tipis 5-4 ke atas Pulau Pinang.

Dalam saingan Kumpulan A, Melaka muncul juara kumpulan dengan menundukkan juara bertahan Terengganu 4-2 manakala Negeri Sembilan muncul naib juara biarpun kalah 3-2 kepada Johor.

Dalam perlawanan separuh akhir Jumaat ini, Kuala Lumpur akan menentang Negeri Sembilan manakala Melaka berdepan dengan Perak.

Berdasarkan prestasi semasa, Kuala Lumpur mendapat laluan mudah ke final apabila pasukan ibu kota itu membelasah Negeri Sembilan 8-4 pada perlawanan penentuan tempat ketiga pada edisi lepas.

Pada saingan semalam, Kuala Lumpur membuka jaringan seawal minit ketiga menerusi pukulan sudut penalti oleh Nor Syafiq Sumantri sebelum gol kemenangan muncul 10 minit kemudian menerusi jaringan padang Harvinder Singh.

Pahang hanya mampu memperolehi gol saguhati pada minit ke-59 menerusi jaringan padang Mohd Sybrie Shamsuddin.

Sementara itu dalam perlawanan tertunda Divisyen 2, Selangor menewaskan ATM 4-0.

Esok, dalam perlawanan Divisyen 2 menyaksikan Sabah menentang Selangor, ATM bertemu Perlis manakala Kedah berdepan PDRM.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");