Laporan Eksklusif

Banyak Papan Tanda, Billboard Tidak Guna Bahasa Kebangsaan

pix iklan 1

Hasil daripada makluman orang awam dan pemantauan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), didapati masih banyak papan tanda tidak menggunakan bahasa kebangsaan.

Antaranya adalah seperti yang ditunjukkan di atas.

pix iklan 2

Sehubungan itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyeru pihak berkuasa agar mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi syarat penggunaan bahasa kebangsaan di atas papan tanda dan billboard.

Perkara 152, Perlembagaan Malaysia memperuntukkan bahasa kebangsaan di Malaysia ialah bahasa Melayu.

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan bagaimanapun tidak menafikan kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam.

Kewujudan Perkara 152 tidak boleh dipadam kerana Perkara 159(5) menetapkan bahawa perkenan Majlis Raja-Raja diperlukan sekiranya ia hendak dipinda.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");