Berita Hari Ini

F&N: Harga minuman tidak naik

fnn

F&N Beverages Marketing Sdn Bhd, bahagian minuman ringan Fraser & Neave Holdings Bhd, memberi jaminan tidak akan menaikkan harga minuman walaupun harga petrol dan diesel meningkat.

Pengarah Urusannya, Khalid Alvi berkata kenaikan dalam harga bahan api tidak dapat dielakkan memandangkan ia menjadi sebahagian daripada keputusan fiskal dan monetari ekonomi kerajaan, dan syarikat menjadi sebahagian daripada ekonomi dan sistemnya.

“Kami akan memastikan yang kami akan terus mengeluarkan produk pada kos serendah mungkin dan kami akan memastikan kesan harga bahan api boleh diserapkan dan memberi kesan paling kurang kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas pelancaran Oishi Green Tea di Kuala Lumpur, Isnin.

Pada 3 Sept, kerajaan mengumumkan kenaikan 20 sen bagi petrol RON95 dan harga diesel masing-maisng kepada RM2.10 dan RM2 seliter, dan dua hari kemudiannya petrol RON 97 naik 15 sen kepada RM2.85 seliter sebagai sebahagian daripada langkah rasionalisasi subsidi bahan api.

F&N Beverages merupakan pengeluar minuman ringan terbesar Malaysia dengan 27 peratus bahagian pasaran dan mempunyai rangkaian pengedaran terbesar meliputi 90 peratus cawangan di seluruh negara.

Syarikat mengedar minuman ringan seperti 100PLUS, F&N Fun Flavours, SEASONS, myCola, Fruit Tree, Ice Mountain Mineral Water dan F&N Cordials.

Syarikat juga mula mengedar produk Red Bull.

Sementara itu, Naib Presiden Eksekutif Oishi Group Plc Aniruth Mahathorn berkata Oishi Green Tea telah memasuki empat pasaran di Asia Tenggara iaitu Laos, Kemboja, Myanmar dan Malaysia.

Syarikat yang menjalin pakatan dengan F&N Beverages Marketing, meninjau untuk mengedarnya di negara-negara lain di Asia Tenggara seperti Singapura.

F&N Beverages Marketing dilantik Oishi Group untuk memasar dan mengedar Oishi Green Tea di Malaysia.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");