Berita Hari Ini

Isu air Selangor: Paip lama perlu diganti

air krisis

KUALA LUMPUR – Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menggesa agar Projek Langat 2 disegerakan bagi membendung masalah air yang kerap berlaku.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Mahdzir Khalid menjawab soalan yang dibangkitkan Datuk Johari Abdul Ghani (BN-Titiwangsa) dan Nasaruddin Tantawi (Pas-Temerloh) berhubung krisis air yang berlaku pada Persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau akui masalah teknikal yang menyebabkan insiden paip pecah ekoran daripada faktor umur paip tersebut.

“Projek Langat 2 perlu disegerakan bagi menangani masalah ini. Kita sedar ada beberapa kejadian yang tak dapat kita kawal.

“Masalah teknikal yang berlaku ekoran faktor umur paip dan perlu ditukar,” katanya.

Namun, beliau akui pertukaran paip lama itu kepada yang baru memerlukan perancangan bertahap.

“Tapi kalau nak ganti semua, saya jangka akan makan jumlah (dana) yang besar.

“Jadi, kena buat ikut tahap dari tahap pertama, kedua, ketiga dan keempat,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");