Membawang Hari Ini

Kamal ajak sertai bengkel skrip filem, drama TV

KAMAL ISHAK

Pengarah dan juga penulis skrip terkenal, Kamal Ishak sekali lagi mempelawa mereka yang berminat dalam dunia penulisan skrip filem dan drama TV boleh menghadiri Bengkel Skrip Kamal Ishak yang bakal berlangsung selama 28-30 September ini di pejabat produksi Evolution Screen Sdn Bhd di Kuala Lumpur.

Kamal berkata, bengkel berkenaan diadakan sebagai usaha menggalakkan individu yang berminat dalam bidang penulisan skrip mendapat bimbingan secara profesional dalam memahami konsep dan gaya penulisan skrip mengikut genre, meskipun dalam masa terhad kerana bengkel diadakan itu mampu melengkapi mereka dengan pengetahuan asas yang berkesan.

“Bengkel penulisan skrip selama tiga hari ini juga akan dibuat secara insentif kerana semua aspek dan keperluan yang diberikan untuk ilmu penulisan bidang ini akan diringkaskan dengan penyamapaian secara mudah dan berkesan. Ia sangat berguna kepada mereka yang bercita-cita menjadi penulis skrip berjaya termasuk mereka yang ada banyak idea tetapi tidak tahu untuk mencurahkan idea mereka dalam bentuk skrip filem dan drama.

“Sudah beberapa kali saya adakan bengkel sebelum ini, tetapi masih ada permintaan supaya diadakan lagi, jadi saya anjurkan sekali lagi kursus seperti ini di bawah seliaan saya. Untuk bengkel kali ini, saya akan bimbing penulis skrip untuk menulis watak yang selari dengan bendera negara dan sayangkan bangsa, agama dan negaranya.

“Mereka yang berminat boleh mendaftar dengan menghubungi e-mel: kerismadura@ yahoo.com atau akaun Facebook saya. Yuran yang dikenakan ialah RM1,000 untuk seorang peserta. Penganjur akan sediakan nota kursus, tayangan filem terpilih, latihan dan sijil. Bagi mereka yang benar-benar serius mahu menjadi penulis skrip filem dan drama TV, ambillah peluang ini.

“Industri perfileman kita masih kekurangan penulis skrip yang handal, jadi sekurang-kurangnya bengkel skrip yang diadakan ini mampu membantu industri filem dan melahirkan golongan penulis skrip yang lebih bermisi dan bervisi demi negara,” katanya.

-BERITA HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");