Berita Hari Ini

Lambakan bahan bacaan unsur Syiah di pasaran

timbalan mufti kedah

SHAH ALAM – Bahan bacaan berunsur Syiah diakui banyak terdapat di pasaran, namun tidak ramai yang menyedarinya.

Menurut sumber Sinar Harian, terdapat sebuah novel yang diambil untuk disiasat kerana mempunyai unsur Syiah.

“Novel ini sudah lama dan mahu diulang cetak, tetapi baru disedari ada unsur Syiah setelah mendapat maklumat daripada pembaca. Bahan bacaan yang berunsur Syiah ini kebanyakannya berasal daripada negara luar seperti Indonesia dan di terjemah ke dalam bahasa Melayu.

“Jika dilihat dari luaran atau judulnya, mungkin ramai yang tidak menyedari. Namun, jika dibaca dengan mendalam, ia sebenarnya mempunyai maksud tersirat dan mampu mempengaruhi pembaca kepada Syiah secara halus,” katanya.

Kelmarin, Timbalan Mufti Negeri Kedah, Syeikh Marwazi Dziyauddin berkata, pelbagai kaedah digunakan pendukung Syiah untuk menyebar fahaman itu di negara ini, termasuk menarik ahli baru.

Katanya, seorang novelis terkenal didapati memasukkan unsur-unsur Syiah dan kebaikannya sebagai jalan penyelesaian kepada kemelut yang berlaku dalam kehidupan masyarakat.

Sementara itu, pendakwah bebas, Nazmi Mohamad Karim memberitahu umat Islam seharusnya lebih berwaspada dengan bahan bacaan mereka kerana penyebaran ajaran Syiah melalui cara itu sudah lama berlaku.

“Kita hanya boleh membaca tapi bukannya dijadikan ia sebagai bahan rujukan dan untuk rujukan perlu membaca kitab-kitab yang lebih sahih, ” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");