Jenayah

Mangsa kebakaran rayu bantuan

RUMAH TERBAKAR

KAMPUNG PANGGONG – Keluarga miskin yang kehilangan tempat tinggal dalam kebakaran rumah di sini, Rabu lalu merayu pihak berkenaan membantu mereka seberapa segera berikutan mereka kini menumpang di rumah saudara.

Dalam pada itu, Halimah Mat Din, 60 bersyukur kerana anaknya, Burhan Abdul Ghani, 33 yang merupakan orang kurang upaya (OKU) terselamat setelah kejadian disedari jiran yang segera membantu.

“Syukur anak saya yang tinggal sendirian semasa kejadian pada kira-kira jam 11 pagi itu selamat. Penghulu Mukim Panggong, Abdullah @ Mohamad Sulaiman sudah dimaklumkan untuk tindakan lanjut,” katanya.

Mohamad ketika dihubungi memaklumkan, beliau berusaha membantu keluarga itu serta percaya ada pihak akan tampil membantu.

Beliau turut memaklumkan, orang ramai yang ingin membantu keluarga terbabit bleh menghubunginya di talian 0193464455.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");