Jenayah

Lelaki kerugian RM86,000 ditipu wanita Indonesia

crime

JERANTUT – Gara-gara ingin cepat kaya, seorang lelaki kerugian RM86,000 apabila menjadi mangsa penipuan seorang wanita Indonesia di bandar ini, Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Azid Ismail berkata, kejadian kira-kira 12 tengah hari itu berlaku di hadapan sebuah bank di Jalan Tahan, di sini apabila mangsa didatangi wanita itu yang mengaku memenangi tiket toto bernilai RM200,000.

Katanya, wanita itu memberitahu mangsa berusia 50 tahun itu yang dia

memerlukan wang segera kerana kakaknya di Indonesia sakit dan dia mahu pulang ke Indonesia tetapi kesuntukan masa untuk menukar tiket tersebut.

“Wanita itu berjaya memperdayakan mangsa untuk menyerahkan wang RM6,000 dan setelah yakin dengan pujuk rayu suspek, mangsa terus ke bank lalu mengeluarkan RM80,000 lagi,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");