Membawang Hari Ini

Lima Tahun Lagi

Fotografi bersama Noryn Aziz dan Haida

KEBELAKANGAN ini lagu Lima Tahun Lagi dendangan Haida Hafiz sering berkumandang di corong radio dan ternyata lagu ciptaan Panji Sakti itu membawa tuah kepadanya.

Ramai juga yang berpendapat lagu tersebut menceritakan perasaan sebenar Haida, 32, kerana kebetulan dia juga sudah kembali hidup solo selepas bercerai dengan bekas suami tiga tahun lalu.

“Tidak dinafikan lagu Lima Tahun Lagi diselitkan juga pengalaman saya, tak banyak sedikit sahaja. Memang sebelum ini ada juga lelaki muda yang cuba mendekati saya tetapi setakat ini saya hanya menganggap mereka sebagai kawan sahaja.

“Kalau ikut pilihan hati, saya lebih suka dengan lelaki matang untuk dijadikan teman hidup. Lagipun sebelum ini saya berkahwin dengan lelaki yang lebih berusia daripada saya,” katanya terus terang.

Bagaimanapun kata Haida, jika jodohnya ditakdirkan dengan lelaki lebih muda seperti mana lagu yang didendangkannya itu, dia tidak menolak.

Kata Haida, sesiapa sahaja yang bakal mendampinginya haruslah seseorang yang memahami dirinya dan sentiasa menyokong dalam apa jua urusan yang dia lakukan.

“Dalam urusan rumah tangga sebenarnya kita mencari teman sejiwa yang sentiasa mendukung kita dan berkompromi dalam apa jua perkara. Bila ada keserasian itu barulah kita dapat membina rumah tangga bahagia.

“Apa pun sebagai manusia kita hanya merancang dan yang tentukan siapa pasangan kita adalah Allah. Dalam soal ini, saya tidak mahu terlalu memikirkan soal jodoh kerana matlamat saya kini adalah untuk kembali aktif dalam bidang seni,” ujarnya.

Namun kata Haida, dia sedar sejak bergelar janda, banyak mata yang memandang dan sebab itu dia lebih berhati-hati dalam pergaulan.

Bukan antisosial, cuma dia lebih senang menghabiskan masa di rumah jika tidak ada apa urusan bagi mengelak menjadi buah mulut.

“Kalau saya ini bukan artis, segala pergerakan tidak akan menjadi perhatian. Bukan saya marah kerana diperhati, tetapi lebih kepada berjaga-jaga kerana sekarang ini tidak ada sesiapa yang akan membela saya.

“Saya perlu menjaga diri sendiri dan di waktu yang sama saya juga punya tanggungjawab terhadap anak biarpun sekarang ini dia menetap bersama bapanya di Sungai Petani, Kedah,” kata ibu kepada Muhammad Al-Hafiz Aminuddin, 8.

Dalam pada ingin menumpu perhatian pada kerjaya, Haida tidak menafikan ada juga lelaki yang cuba mendekatinya. Namun dia menolaknya dengan cara lembut.

– UTUSAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");