Berita Hari Ini

Rakyat perlu serius rebut peluang

SOHAIMI

SHAH ALAM – Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam usaha memperkasa ekonomi Bumiputera membuktikan kesungguhan kerajaan merancakkan ekonomi bersesuaian dengan kehendak rakyat.

Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB), Datuk Sohaimi Shahadan berkata, penambahbaikan dana insentif baru yang dibentang Perdana Menteri adalah untuk kebaikan orang Melayu dan Bumiputera.

“Bagaimanapun, pengumuman ini tidak memberi apa-apa makna sekiranya rakyat tidak pandai mengambil peluang untuk buat permohonan berkenaan insentif yang
diperkenalkan.

“Setiap polisi atau dasar baru diperkenalkan sewajarnya dipandang serius dan cepat bertindak memahami prosedur dan merebut peluang yang telah dibuka oleh kerajaan untuk kesenangan kita,” katanya, semalam.

Sohaimi berkata, inisiatif yang diumumkan kerajaan itu sangat menarik perhatian kerana mengambil kira kehendak Melayu dan Bumiputera dari sudut ekonomi.

“Strategi perniagaan era ini berbeza dengan zaman sebelum ini. Oleh itu, Perdana Menteri memperkenalkan lima strategi dalam inti pati Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera mengambil kira perkara baru dan lama yang diberi nafas baru bertepatan kehendak semasa.

“Keprihatinan kerajaan dalam usaha membantu Bumiputera wajar diberi perhatian dan memanfaatkan peluang yang terbuka luas di depan mata demi masa depan negara, kerana jelas niat perdana menteri untuk tolong Bumiputera,” katanya.

Beliau turut menambah, setiap strategi yang diketengahkan adalah relevan dalam hasrat merealisasikan impian memperkasa ekonomi Bumiputera.

“Pada masa akan datang mahasiswa bukan hanya sekadar memperoleh ijazah malah berpeluang menjadi pakar dalam bidang dipelajari.

“Selain itu, pendekatan agar setiap ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) membentangkan laporan kepada Perdana Menteri adalah inisiatif terbaik sebagai kayu ukur untuk dinilai rakyat,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");