Sukan Hari Ini

Snedeker dibayangi Furyk

Brandt Snedeker

‘Rumput lebih keras, bola lebih laju jadikan permainan lebih sukar’

Illinois: Walaupun meneruskan cengkaman selaku pendahulu, Brandt Snedeker (gambar) tetap dibayangi kelibat Jim Furyk yang merakamkan pukulan menakjubkan 59, kelmarin selepas tamat pusingan kedua Kejohanan BMW di Kelab Golf Conway Farms.
Snedeker bermain baik dalam keadaan angin kencang untuk melakukan tiga bawah par 68 pukulan bagi jumlah 131 pukulan.

“Rumput lebih keras, jadi ia menyebabkan bola lebih laju dan kasar. Tiupan angin menjadi tidak tentu arah. Ia menjadikan permainan golf lebih sukar,” kata pemain itu.

Woods kena denda

Sementara itu, Tiger Woods pula melalui hari yang baik sehingga pegawai perlawanan memberitahu dia dikenakan penalti dua pukulan selepas perlawanan pusingan kedua tamat.

Pemain nombor satu dunia itu mencatat satu bawah 72 bagi menamatkan saingan di tempat ke-23 dengan jumlah keseluruhan empat bawah 138.
Dia dikenakan penalti dua pukulan pada lubang pertama apabila dia cuba memindahkan ranting kecil yang menyebabkan bola bergerak sedikit. Pegawai peraturan berkata mereka dimaklumkan apabila juruvideo Jelajah PGA merakamkan perkara itu. – AFP

KEPUTUSAN: Pusingan kedua BMW
131 – Brandt Snedeker 63-68, Jim Furyk 72-59
134 – Zach Johnson 64-70
136 – Nick Watney 67-69, Jordan Spieth 71-65; Kevin Streelman 66-70; Charl Schwartzel (RSA) 66-70; Ryan Moore 67-69
137 – Jason Day (AUS) 71-66; Jimmy Walker 72-65, Roberto Castro 68-69; Steve Stricker 66-71
138 – Sergio Garcia (ESP) 70-68, Tiger Woods 66-72

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");