Membawang Hari Ini

Autobiografi Angelina hampir RM2 bilion

angelina jolie

Tiga syarikat penerbitan di Amerika Syarikat (AS) berhasrat mendapatkan kontrak autobiografi bintang terkenal Hollywood, Angelina Jolie yang dianggarkan bernilai lebih AS$560 juta dolar (kira-kira RM1.7 bilion).

Sumber melaporkan, syarikat yang memperoleh biografi terbabit dijangka memperoleh keuntungan besar.

“Buku biografi ini dijangka menjadi bestseller… Dalam beberapa minggu saja akan laris terjual,” katanya.

Aktres berusia 38 tahun yang juga kekasih kepada Brad Pitt itu memberitahu teman-teman, dia sedia membukukan kisah hidupnya yang diimpikan sejak sekian lama.

Malah, bintang Tomb Raider itu akan menceritakan mengenai perjalanan hidupnya sebagai insan seni termasuk kisah buruk peribadinya.

Namun, Angelina dikatakan tidak akan menceritakan kisah negatif membabitkan anak-anaknya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");