Berita Hari Ini

Jemaah haji pertama berlepas pulang

TABUNG HAJI

MAKKAH – Kumpulan pertama jemaah haji Malaysia dengan 450 anggota berlepas pulang ke tanah air hari ini menerusi Lapangan Terbang Jeddah.

Pengurus Media Tabung Haji, Mohd Naser Jafar berkata, penerbangan mereka berlepas pukul 7 pagi waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada pukul 8.50 malam ini.

Katanya mulai hari ini jemaah haji yang memasuki tanah suci melalui Madinah pada bulan lepas, akan berlepas pulang ke tanah air secara berperingkat menerusi Lapangan Terbang Jeddah.

Bagi jemaah haji yang memasuki tanah suci menerusi Makkah, mereka akan ke Madinah secara berperingkat bermula 28 Oktober dan tinggal di sana selama lapan hari sebelum berlepas pulang ke tanah air menerusi Lapangan Terbang Madinah, katanya.

Beliau berkata, setakat ini sebanyak 13 jemaah haji Malaysia meninggal dunia dengan kematian terkini seorang jemaah dari Kuching, Sarawak, Abang Alwi Abang Turkei.

Abang Alwi, 60, meninggal dunia akibat serangan jantung pada pukul 1.15 pagi semalam di Hospital King Abdullah di sini dan beliau menunaikan haji bersama-sama isterinya Sharifah Khatijah Wan Mustafa.

Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan Syaraek di Makkah petang semalam.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");